Microsoft Corporation Bill_Gates

BASIC

Gambar bersama pekerja-perkerja awal Microsoft pada Disember 7, 1978

Selepas membaca majalah Popular Electronics, keluaran Januari 1975 yang memperkenalkan Altair 8800, Bill Gates menghubungi MITS (Micro Instrumentation and Telemetry Systems), syarikat yang mencipta mikro komputer tersebut. Walaupun pada ketika ini beliau masih belum memulakan sebarang penulisan kod untuk Altair 8800, beliau memberitahu president syarikat MITS bahawa kerja-kerja membina pengantaraan BASIC sedang dibuat oleh rakan - rakan kongsinya. Bill Gates dan Paul Allen masih tidak dapat memulakan penulisan kod punca kerana mereka masih belum mempunyai Altair, tujuan beliau menelefon hanyalah untuk mendapat perhatian dari pihak MITS.

Presiden syarikat MITS bersetuju untuk bertemu Bill Gates dan Paul Allen untuk memberi demonstrasi. Dalam beberapa minggu, Bill Gates dan Paul Allen berjaya membina padanan (emulator) untuk Altair yang menggunakan minikomputer dan pengantaraan BASIC. Bill Gates dan Paul Allen kemudiannya berjaya mendapat kontrak mengedarkan pengantaraan tersebut yang digelar Altair BASIC selepas kejayaan mereka di dalam demonstrasi yang dibuat di pejabat MITS di Albuquerque.

Bill Gates kemudiannya menubuhkan syarikat, Micro-Soft, bersama Paul Allen dan mengambil cuti belajar dari Harvard untuk memulakan perniagaan barunya.

Microsoft BASIC menjadi perisian yang popular kepada ramai pengemar komputer dan sumber kodnya disalin dan diedar secara meluas kepada komuniti – komuniti peminat komputer. Pada Februari 1976, Gates menulis surat terbuka kepada pengemar (Open Letter to Hobbyists) di dalam risalah MITS, yang menjelaskan bahawa MITS tidak boleh meneruskan pengeluaran, mengedar dan mengekalkan perisian yang berkualiti tinggi tanpa bayaran. Penjelasan itu tidak diendahkan oleh oleh ramai pengemar komputer tetapi Bill Gates tetap dengan pendiriannya bahawa pembina perisian berhak mendapat bayaran di atas kerjanya.

Microsoft memutuskan kerjasamanya dengan MITS pada penghujung 1976 dan meneruskan pembinaan bahasa pengatucaraan perisian (programming language software) untuk pelbagai sistem.

Menurut Bill Gates, pekerja - pekerja awal di Microsoft biasanya membuat lebih dari satu kerja pada awal penubuhannya, seperti contoh, sesiapa yang menjawab telefon yang meminta barang dihantar, adalah orang yang harus membungkus barang dan menghantarnya. Bill Gates mempunyai tanggungjawab yang besar dalam syarikatnya tetapi tetap membantu di dalam penulisan kod. Dalam 5 tahun yang pertama penubuhan Microsoft, beliau sendiri akan memeriksa setiap satu baris kod sumber dan juga membuat pembaikian kod, jika perlu, sebelum ia diedarkan.

Kerjasama dengan IBM

Bill Gates muncul dalam majalah Time pada 1984

Pada 1980, IBM menawar Microsoft untuk membina mengantaraan BASIC untuk komputer peribadi terbaru syarikat tersebut yang dipanggil IBM PC. Apabila diberitahu oleh IBM bahawa mereka mengkehendaki sistem operasi (Operating System), Bill Gates mencadangkan system operasi CP/M yang dibina oleh Dr. Gary Kildall dari syarikat Digital Research (DRI).

Walau bagaimanapun, apabila perbincangan IBM dan DRI tidak berjalan lancar, wakil IBM, Jack Sams meminta Bill Gates mendapatkan mereka satu sistem operasi yang boleh digunakan. Menurut Jack Sams, perbincangan beliau dengan DRI menghadapi jalan buntu berkaitan dengan masalah lesen perisian. Beberapa minggu kemudian, Bill Gates mencadangkan 86-DOS (QDOS), sebuah sistem operasi yang hampir sama dengan CP/M, dibina oleh Seattle Computer Products (SCP), Microsoft berjaya mendapat persetujuan dari SCP untuk menjadi ajen untuk QDOS dan kemudiannya menjadi pemilik tunggal untuk lesen tersebut. Walau bagaimanapun, Bill Gates tidak pernah menyatakan bahawa IBM adalah bakal pelanggan untuk QDOS. Setelah kerja adaptasi dibuat untuk membolehkan QDOS berfungsi di dalam computer peribadi , Microsoft menjualkannya kepada IBM, yang dikenali sebagai PC-DOS. PC-DOS adalah sistem operasi untuk semua komputer peribadi IBM yang dijual oleh Microsoft kepada IBM tanpa syarat dan pembayaran hanya dibuat sekali sahaja. Dalam masa yang sama Microsoft membina MS-DOS, sebuat sistem operasi untuk komputer bukan milik IBM yang juga dikenali sebagai “klon”. [3].

Bill Gates tidak faham mengapa DRI tidak berminat dengan projek system operasi bersama IBM dan bererapa tahun kemudiannya, beliau mendakwa Dr. Gary Kildall sebagai seorang yang mengambil sikap sambil lewa, dakwaan itu dinafikan oleh DRI.

Beberapa lama kemudiannya, syarikat Compaq berjaya meniru BIOS IBM dan menjual komputer peribadi yang lebih murah. Tidak lama kemudian, pasaran komputer melimpah dengan komputer-komputer klon IBM di mana sistem operasinya menggunakan MS-DOS. Komputer peribadi mendapat permintaan yang banyak serata dunia dan dengan sekelip mata, Microsoft menjadi sebuat syarikat yang besar dan penting di dalam senarai syarikat perisian di dunia. Microsoft sehingga kini meneruskankan pembinaan sistem-sistem operasi, perisian applikasi dan banyak lagi.

Windows

Gambar bersama Mitch Kapor dan Fred Gibbons pada 1984.

Pada tahun 1980 an, Microsoft memperkenalkan versi sistem operasi menggunakan Graphical User Interface (GUI) berdasarkan idea yang diasaskan oleh Xerox corporation, dan diperkemaskinikan oleh Apple. Microsoft melancarkan sistem operasi baru yang dinamakan “Windows” untuk menandingi pasaran perisian untuk menjadikan perisian lebih mudah digunakan (user friendly).

Windows 3.0 yang dikeluarkan pada 1990 mendapat kejayaan besar, dijual sebanyak 10 juta unit dalam tempoh 2 tahun pertama dan memahatkan nama Microsoft sebagai syarikat terunggul dalam penjualan sistem operasi.

Bagi memastikan produk Microsoft kekal sebagai nombor 1 di dalam perniagaan sistem operasi, Microsoft berkerjasama dengan syarikat-syarikat komputer peribadi untuk memuatkan “Windows” secara sedia ada di dalam semua komputer-komputer baru. Dengan kejayaan kerjasama itu, Microsoft Corporation menjadi syarikat gergasi di dalam arena sistem operasi dan menjadikan Bill Gates sebagai orang terkaya di dunia sehingga ke hari ini.

Strategi dan pengurusan

Bill Gates memberi keterangan di mahkamah pada Ogos 27, 1998.

Semenjak Microsoft ditubuhkan pada 1975 sehingga ke 2006, Bill Gates bertanggungjawab keatas strategi syarikat dan pemasaran. Beliau secara agresifnya telah memperluaskan peluang pemasaran produk-produk Microsoft dan mengembangkan syarikat itu sehingga dikenali sebagai syarikat perisian gergasi. Beliau juga adalah seorang yang bertanggungjawab meluluskan hampir semua keputusan besar syarikat itu yang menyebabkan beliau kerap ditarik ke mahkamah untuk memberi penjelasan terhadap tindakan -tindakan pemasaran beliau yang dikatakan berlaku tidak adil terhadap syarikat lawannya. Di dalam keterangannya di mahkamah pada 1998, Bill Gates dilaporkan oleh wartawan sebagai memberi keterangan sukar dilawan. Beliau berhujah kepada peguam dari Jabatan kehakiman US, David Boies, mengenai maksud “Lengkap”, “Ambil Berat”, “Jihat” dan sebagainya yang walau bagaimanapun membuatkan hakim Jackson ketawa mendengarnya. [4]

Bill Gates kemudiannya berkata kepada wartawan bahawa beliau sengaja melawan David Boies yang menurutnya cuba menenukarkan fakta-fakta beliau dan bersikap angkuh ketika menyoalnya. Bill Gates menambah “Walau apa pun tindakan yang akan dikenakan kepada saya, sikap biadap saya kepada David Boise adalah yang terbesar”. Walaupun dinafikan oleh Bill Gates, hakim membuat keputusan bahawa Microsoft telah melanggarkan kanun perniagaan di dalam Akta Sherman dengan melaku pembolotan dalam perniagaan dan cuba menyekat persaingan.

Bill Gates kerap bertemu dan membuat perbincangan dengan ketua-ketua pengurus dan juga pengurus-pengurus program syarikat. Beliau juga boleh menjadi keterlaluan apabila tidak menyukai apa yang didengar atau apa yang berlaku di dalam mesyuarat. Kerap kali beliau didengari menjerit “Ini adalah benda terbodoh yang pernah saya dengar” atau “Apa pasallah kau tak masuk pasukan keamanan sahaja?” kepada para pekerja. Walau bagaimanapun, beliau biasanya mengalah apabila mendapat penjelasan yang sewajarnya dari pekerja yang dimarahinya. Jikalau beliau tidak berpuas hati dengan kerja – kerja yang dihadapi oleh pengurus teknikal, sesekala beliau dikatakan bertanya mereka “Apa, kau nak aku habiskan kerja ni pada hari minggu ni ke?”

Tugas utama Bill Gates di Microsoft adalah lebih kepada bahagian pengurusan perniagaan, pemasaran dan pentadbiran. Tetapi pada awal penubuhan Microsoft, beliau aktif di dalam pembinaan perisian terutamanya di dalam bahasa pengaturcaraan syarikat tersebut.

Pada tahun 2000, Bill Gates mengumumkan sahabat baiknya, Steve Ballmer sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan melantik dirinya "Ketua Perisian Arkitek".

Pada 15 Jun 2006, Bill Gates mengumumkan bahawa beliau tidak akan lagi bekerja sepenuh masa dalam masa dua tahun untuk meluangkan lebih banyak masa kepada kerja amal. Beliau menlantik Ray Ozzie sebagai "Ketua Perisian Arkitek" yang baru dan hanya mengekalkan jawatan "Pengerusi" dan sebagai penasihat untuk projek-projek utama syarikat sahaja. Salah satu usaha beliau sebelum melepaskan jawatan hariannya di Microsoft ialah menghasilkan kumpulan perisian robotik.

Rujukan

WikiPedia: Bill_Gates http://beginnersinvest.about.com/od/billgates/l/bl... http://labnol.blogspot.com/2005/05/inside-bill-gat... http://edition.cnn.com/TECH/computing/9811/17/judg... http://www.comedycentral.com/motherload/index.jhtm... http://www.forbes.com/2008/03/05/richest-people-bi... http://www.forbes.com/lists/2006/10/Worth_1.html http://www.forbes.com/static/bill2005/LIRBH69.html... http://abcnews.go.com/WNT/story?id=506354&page... http://video.google.com/videoplay?docid=-157008883... http://www.microsoft.com/presspass/exec/billg/defa...